Pekerja Restoran Maut Tersepit Lif

Perkara yang jarang-jarang berlaku di negara ini. Malah rasanya kes membabitkan mangsa tersepit pada pintu lif agak kurang di mana-mana negera memandangkan lif sendiri telah mempunyai sistem keselamatan yang baik untuk mengelakkan kes-kes seperti ini.

Namun begitu, di Kota Kinabalu, seorang pekerja wanita mati dengan lehernya hampir putus akibat tersepit pada pintu lif di restoran tempat ia bekerja semalam.

Mangsa meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Berikut adalah sedikit keratan berita mengenai perkara tersebut-

Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.

Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.

Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan.

Untuk berita penuh, sila lihat pada akhbar Metro hari ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close