Mengapa Mereka Dipilih Menjadi Juri MLM?

Rata-rata penonton yang menyaksikan siaran langsung Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat lepas berasa agak hairan dengan pemilihan juri tetap untuk program bakat lawak tersebut.

Manakan tidak, mereka yang dipilih sebagai juri bukanlah terdiri daripada mereka yang berada dalam skop sebagai pelawak tetapi mereka ialah chef masakan, pemain bola dan juga penyanyi.

Belalang juga memang agak hairan dan tertanya-tanya juga mengapa Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Siti Nurhaliza dipilih sebagai juri?

Gambar juri tetap Maharaja Lawak Mega

Gambar juri tetap Maharaja Lawak Mega


Mungkin, sebab-sebab di bawah ini mampu menghilangkan tanda-tanya anda mengenai hal ini-

Menjawab segala pertikaian itu, Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani berkata, agak kurang sesuai sekiranya seorang pelawak memberi kritikan kepada pelawak yang lain, apatah lagi apabila kesemua peserta MLM dibarisi pelawak senior dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Secara logik, adakah patut pelawak Harith Iskandar tampil ke depan untuk memberikan komen kepada Afdlin Shauki yang menjadi kawan baiknya itu? Bahkan, kedua-duanya memang hebat dalam bidang yang sama. Pun begitu, masing-masing ada kelebihan istimewa dan tidak wajar pelawak memberikan komen terhadap pelawak lain.

“Kami tidak mahu menimbulkan sebarang pertikaian yang lebih besar berlaku selepas ini, kerana adalah lebih baik kami memilih golongan selebriti yang bukan datangnya dari kelompok komedi untuk menjadi jadi juri. Siti mewakili bidang nyanyian, Chef Wan bidang masakan dan Zainal Abidin Hassan dari bidang sukan. Pemilihan mereka kerana nama mereka yang cukup besar di rantau Asia,” katanya.

Walau bagaimanapun Belalang merasakan juri bukanlah penyebab utama untuk Belalang melekat di hadapan TV setiap malam minggu menyaksikan MLM. Yang menjadi penariknya adalah persembahan mantap peserta-peserta MLM setiap minggu. 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close