Lelaki Maut Ditikam Sepupu Akibat Cemburu

Seorang lelaki meninggal dunia di hospital di sini hari ini dipercayai ditikam sepupu lelakinya berpunca daripada perasaan cemburu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi di Jambatan 3, Kampung Hidayat, Jalan Apas itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an, ditikam di bahagian dada kirinya ketika sedang tidur oleh suspek berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin pada sidang akhbar di sini berkata, suspek, setelah menikam mangsa yang juga pemilik rumah tempat dia menumpang, melarikan diri ke rumah jiran yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Gambar hiasan. Garian Google

Gambar hiasan. Garian Google


Saksi yang melihat kejadian itu terus memberi pertolongan kepada mangsa dengan membawanya ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia pada pukul 1.25 petang.

Ibrahim berkata, pihaknya telah menahan suspek di rumah jiran mangsa bersama pisau pemotong sayur yang digunakan dalam pembunuhan itu.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close