Lelaki Mati Ditembak Ah Long Depan Isteri

Seorang lelaki warga emas yang dipercayai terlibat dalam kumpulan peminjam wang haram atau ah long mati akibat ditembak ketika makan bersama isteri di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi itu, mangsa yang berusia 60 tahun bersama isterinya baru selesai makan dan tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di depan restoran tersebut.

Suspek tiba-tiba melepaskan satu das tembakan dari arah belakang yang mengenai mangsa sebelum dia rebah.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


Mangsa yang berasal dari pangsapuri Taman Skudai Baru maut di tempat kejadian manakala suspek melarikan diri sejurus melepaskan tembakan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, isteri mangsa tidak mengalami kecederaan tetapi terkejut dengan kejadian itu.

“Ketika kejadian, pasangan itu duduk di meja paling hadapan iaitu di kaki lima restoran itu. Mangsa sedang membaca akhbar manakala isterinya pula tidak dapat mengecam suspek kerana kejadian berlaku begitu pantas.

“Suspek memakai topi keledar dan terus melarikan diri dengan sebuah motosikal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Katanya, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes tersebut ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close