Kontraktor Mati Ditetak Di Hadapan Isteri & Anak

Seorang kontraktor pendawaian mati setelah ditetak di hadapan isteri dan anaknya di kediaman mereka di Jalan Balau 4, Taman Rinting dekat Masai di sini semalam.

M. Rajandran, 50, mati setelah cedera parah di bahagian pipi dan bahu kirinya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal polis mendapati lebih daripada seorang suspek memasuki rumah itu melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Gambar hiasan. Carian Google


“Mereka menyerang mangsa dan menetaknya dengan senjata tajam di hadapan isteri dan seorang anak perempuannya yang berusia 16 tahun,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan polis terpaksa menunggu untuk mengambil keterangan daripada isteri dan anak mangsa yang masih trauma.

Mayat Rajandran dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

 

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close