Keputusan Terkini Malaysia vs Myanmar 19 November 2011

Bola sepak Separuh akhir Sukan SEA Indonesia 2011 akan mempertemukan Malaysia menentang Myanmar, manakala tuan rumah Indonesia pula bakal berentap bersama Vietnam.

Malaysia dilihat sedikit beruntung kerana tidak bertemu Vietnam yang dilihat salah satu pasukan yang merbahaya pada temasya sukan SEA kali ini. Namun begitu kita juga tidak boleh begitu memandang ringan saingan yang bakal diberikan oleh pasukan Myanmar keran sudah semestinya mereka juga mahu menempah tempat ke final sekaligus muncul sebagai pemenang pingat emas.

Diharap pasukan Malaysia mampu mempamerkan rentak permainan yang bertenaga dan hebat seperti aksi ketika mereka menumbangkan tuan rumah Indonesia pada perlawanan akhir peringkat kumpulan A Khamis lepas.


Perlawanan separuh akhir diantara Malaysia dan Myanmar akan bermula pada pukul 4:45 petang, di Stadium Gelora Bung Karno. Astro Arena 801 akan membawakan secara langsung perlawanan ini. Begitu juga dengan RTM TV1. Tidak ketinggalan TV3 juga akan memancarkan perlawanan ini di kaca tv anda secara langsung.

Link untuk live streaming berada di bawah ini. Sila klik-

LINK 1

Bagi yang hanya ingin mengikuti update melalui blog ini, sila refresh page ini setiap 5 minit untuk melihat keputusan terkini.

Malaysia 1 – 0 Myanmar

(tamat perlawanan)

Fakri Saarani 84′

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close