Keputusan Terkini Malaysia vs Kemboja 13 November 2011

Bola sepak Sukan SEA Indonesia 13 November 2011menyaksikan Malaysia akan turun menentang Kemboja dalam mencari kemenangan kedua berturut-turut bagi memastikan laluan ke pusingan seterusnya menjadi mudah.

Skuad kendalian Ong Kim Swee tidak boleh memandang mudah cabaran yang akan dilalui petang ini memandangkan Kemboja semestinya akan cuba mencari kemenangan pertama mereka pada temasya kali ini setelah tewas 2 perlawanan berturut-turut.

Sumber gambar dari page Info Dan Ranking Bola Sepak Malaysia


Perlawanan antara Malaysia vs Kemboja akan bermula pada pukul 5 petang di stadium Gelora Bung Karno. Menariknya perlawanan petang ini selain dipancarkan terus melalui TV1 dan Astro Arena 801, TV3 juga turut menayangkan perlawanan ini secara langsung di saluran mereka.

Klik link di bawah untuk menonton perlawanan ini secara live streaming-

LINK 1

Belalang akan update keputusan semasa perlawanan pada petang ini. Sila refresh page ini 5 minit sekali untuk melihat keputusan terkini.


Malaysia 4 – 1 Kemboja

(tamat permainan)

Izzaq Faris 8′

Baddrol Bathiar 35′, 40′ (P)

minit ke 60′

Wan Zarul Nizam 90′

Facebook Comments

Comments are closed.

Close