Jenayah Siber | Negara Kerugian RM2.73 Bilion

Negara mungkin menanggung kerugian sebanyak RM2.73 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, anggaran kerugian itu melibatkan pelbagai tanggungan kos seperti pelindungan privasi dan keselamatan siber.

Jenayah siber. Carian Google

Jenayah siber. Carian Google

Beliau berkata, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan menanggung kerugian berjumlah RM22.3 juta pada tahun 2009 dan jumlah itu meningkat kepada RM62 juta tahun lepas.


Fadillah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang ingin tahu tahap kekuatan dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi jenayah siber.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close