Ilya Zhitomirskiy Pengasas Diaspora Meninggal

Pengasas bersama rangkaian laman sosial Diaspora yang menjadi sumber alternatif kepada Facebook, Ilya Zhitomirskiy, meninggal dunia hari ini pada usia 22 tahun.

Zhitomirskiy adalah salah seorang daripada empat penuntut yang membangunkan laman Diaspora dalam makmal komputer di New York University.

Ilya Zhitomirskiy

Ilya Zhitomirskiy


Diaspora dibangunkan sebagai sumber alternatif baru kepada Facebook yang diasaskan mereka pada 2010.
Punca kematian Zhitomirskiy bagaimanapun tidak diketahui kerana syarikat rangkaian sosial berkenaan serta Pusat Perubatan San Francisco masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Ilya seorang yang hebat. Dia mempunyai wawasan dan sebagai pengasas syarikat ini, dia berharap memberikan pengalaman baru kepada pengguna internet dalam rangkaian sosial,” kata jurucakap Diaspora, Peter Schurman.

“Kami amat sedih dengan pemergiannya. Ia satu kehilangan yang besar kepada kami dan keluarganya,” katanya.

– AP

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pengasas figure up (53)
  • Siapa pengasas Figure up (11)

Comments are closed.

Close