@hikmat_maswara | Serah Diri

Selepas dua hari membuat ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung melalui laman sosial Twitter selepas Malaysia mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea, seorang pelajar Indonesia universiti sama menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas tindakannya itu mendapat tumpuan ramai.

Pelajar terbabit dilaporkan menyerah diri jam 9 malam (waktu tempatan) di Balai Polis Jatinangor, Bandung, kelmarin dan kini ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa negara itu.

Sekadar hiasan

Sekadar hiasan

Menurut Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun, pihak kedutaan dimaklumkan perkara itu semalam dan menyerahkan kepada Polis Republik Indonesia (Polri) untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut terhadap suspek berhubung kes ugutan berkenaan.

“Pelajar terbabit sebelum ini berhubung dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Bandung untuk meminta dikumpulkan semua pelajar kita di sana bagi memohon maaf secara terbuka di atas ugutan itu, seterusnya memulihkan keadaan.

“Dia juga mengaku motif tindakannya itu kerana rasa kecewa dengan kekalahan pasukan Indonesia Isnin lalu, namun tidak berniat untuk membunuh, tetapi sekadar meluahkan rasa kecewa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close