Highlight Malaysia 5 – 4 Indonesia Final SEA Games 21 November 2011

Syabas Harimau Muda kerana sekali lagi telah berjaya mempertahankan emas yang kita menangi pada temasya sukan SEA yang lepas. Walaupun permainan terpaksa diheret hingga ke sepakan penentuan penalti, namun skuad muda Malaysia mampu membuktikan mereka sememangnya juara.

Tertinggal sewal minit ke 5′ hasil tandukan Gunawan, Malaysia memperkemaskan permainan mereka. Sedikit demi sedikit mereka berjaya membiasakan diri dengan suasana stadium hinggakan beberapa kali melakukan percubaan merbahaya.

Hasilnya minit ke 33′ Asraruddin berjaya menyamai kedudukan menjadikan permainan bertambah rancak.



Masuk babak kedua, permainan terikat tanpa jaringan. Masuk masa tambahan juga kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 hingga membawa kesepakan penalti.

Walaupun tendangan dari Fakri Saarani berjaya dinafikan oleh penjaga gol Indonesia, namun begitu dua sepakan dari Indonesia tidak berjaya menerjah ke gawang sekaligus tendangan terakhir dari Baddrol Baktiar berjaya membawa Malaysia untuk mempertahankan pingat emas.

Di bawah adalah video highlight penuh perlawanan yang berlangsung malam tadi. Sekali lagi tahniah kepada skuad negara!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close