Highlight Malaysia 2 – 3 Bahrain 27 November 2011

Malaysia tumpas kepada Bahrain dengan tiga gol berbalas dua. Yang lebih tragis, Malaysia tumpas setelah selesa mendahului Bahrain dengan 2 gol.

Pada separuh masa pertama, Malaysia berjaya mendahului Bahrain melalui gol Nazmi Faiz pada minit 29′. Hingga tamat separuh masa pertama, kedudukan kekal Malaysia di depan.

Masuk separuh masa kedua, minit 60′ Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila salah seorang pemain mereka dilayangkan kad merah.

Mahali Jasuli berjaya menambah gol Malaysia pada minit ke 68′ menjadikan 2 kosong. Namun itu tidak sedikit pun mematahkan semangat pemain-pemain Bahrain. Malah mereka menggandakan asakan ke pintu gol Malaysia.

Hasilnya, dalam masa hanya 6 minit Bahrain berjaya menjaringkan 3 gol!

Hingga tamat perlawanan kedudukan kekal tidak berubah sekaligus menjadikan kekalahan ketiga berturut-turut skuad Olimpik. Malaysia 2 – 3 Bahrain.

Di bawah adalah video full highlight perlawanan yang berlangsung sebentar tadi

Facebook Comments

Comments are closed.

Close