Highlight Malaysia 1 – 0 Myanmar 19 November 2011 SEA Games

Malaysia sekali lagi berjaya melangkah ke perlawanan akhir sukan SEA apabila berjaya menumpaskan Myanmar 1-0 sebentar tadi. Peluang untuk mempertahankan emas yang dimenangi kelihatan sangat cerah.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) sebentar tadi menyaksikan anak-anak buah Ong Kim Swee telah berhempas pulas sebelum gol pada minit ke 84′ oleh Fakri Saarani melegakan kesemua peminat bola sepak Malaysia.

Sejak dari wisel pertama dibunyikan, Malaysia dan Myanmar masing-masing melancarkan serangan ke arah pintu gol lawan. Beberapa percubaan oleh Malaysia dan juga Myanmar sekali sekala mencemaskan para peminat.

AKSI Baddrol Bahtiar yang berentap dengan pemain Myanmar, Aye San dalam saingan separuh akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini. Malaysia menang 1-0.

AKSI Baddrol Bahtiar yang berentap dengan pemain Myanmar, Aye San dalam saingan separuh akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini. Malaysia menang 1-0.


Apapun Malaysia telah membuktikan yang sememangnya kita layak untuk beraksi di pentas final. Syabas Malaysia!

Di bawah adalah video full highlight perlawanan petang tadi.

– Gambar dari Berita Harian

Facebook Comments
Close