Highlight Malaysia 0 – 2 Syria 23 November 2011 | Kelayakan Olimpik 2012

Malaysia tumpas kepada Syria dengan 2 -0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan untuk kelayakan Olimpik 2012. Pada perlawanan yang berlangsung malam tadi, skuad Harimau Muda tampil tanpa sedikit pun memperlihatkan mereka keletihan setelah melalui perlawanan di sukan SEA.

Sepanjang separuh masa pertama, Syria dan Malaysia masing-masing mencuba ke pintu gol lawan. Namun begitu Syria kelihatan lebih banyak mengasak. Namun begitu keputusan kekal 0-0 hingga berakhir babak pertama.

Masuk separuh masa kedua, Syria mempertingkatkan serangan ke pintu gol pasukan Malaysia. Hasilnya Syria berjaya menjaringkan gol pertama melalui satu sepakan sudut. Selepas itu sebelum nasa berakhir, Syria sekali lagi menambah jumlah gol mereka menjadikan 2-0.

Pemain Syria, Mahmoud Al Mawas (tengah) dikawal rapi oleh pemain Malaysia K. Gurusamy (kiri), Wan Zack Haikal dan Mahalli Jasuli (kanan) pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemain Syria, Mahmoud Al Mawas (tengah) dikawal rapi oleh pemain Malaysia K. Gurusamy (kiri), Wan Zack Haikal dan Mahalli Jasuli (kanan) pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) di Stadium Nasional Bukit Jalil


Di bawah adalah video full highlight perlawanan Malaysia dan Syria. Rasa-rasanya, jika line-up utama serta tiada masalah keletihan, tentu Malaysia mampu memberi ancaman kepada Syria 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close