Gambar Majlis Akad Nikah Elliza AF3 & Joe

Bekas peserta Akademi Fantasia 3 (AF3), Elliza Razak, 27, mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Khairul Adzwan Nasir, atau Joe, 24 pada 11.11.11 yang lalu. Joe juga adalah pengurus Elliza.

Majlis ala Inggeris, merupakan konsep majlis pernikahan dan persandingan Elliza dan Joe. Elliza menggayakan pakaian tajaan Seni Andaman Mawar Biru dalam persalinan berwarna kelabu cair dan gelap.

“Kami mula berkenalan pada pertengahan tahun lalu selepas diperkenalkan kawan.

“Selepas dua minggu berkenalan, dia menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah keluarga saya menerima cadangan Joe dan keluarganya dengan tangan terbuka dan bertunang Disember tahun lalu.

“Saya sukakan Elliza kerana dia seorang wanita yang sangat penyayang dan pandai menghargai. Lagipun kami memang ‘klik’ sebagai kawan mahupun kekasih. Rasanya saya sudah bertemu dengan orang yang tepat untuk dijadikan suri hidup, jadi mengapa saya perlu tunggu jika jodoh sudah sampai”, kata Joe.

Sumber

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • eliza af (29)
  • eliza af kahwin (19)

Comments are closed.

Close