Gambar Ezlynn & Adam Fahmy Selamat Dinikahkan

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn atau Azline Ariffin, 30, menjadi milik Adam Fahmy Shamsuddin, 35, selepas mereka diijabkabulkan di Roof Garden, Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, kira-kira jam 6 petang semalam.

Pasangan itu dinikahkan bapa Ezlynn, Ariffin Alang, disaksikan jurunikah Masjid Sungai Penchala, Muhammad Ridwan Mohd Yunus.
Gambar dari Zon Artis

Bertemakan klasik kontemporari, majlis akad nikah itu dihadiri 70 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.

Gambar dari Zon Artis

Gambar dari Zon Artis

Pihak lelaki menyerahkan wang hantaran RM20,020.20 termasuk senaskhah al-Quran dan beg tangan dengan mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran dibalas pengantin perempuan.

“Saya gembira kerana majlis ini lancar dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. “Apapun saya tidak mungkin berhenti daripada menjadi penyanyi dan saya bersyukur kerana Allah memberikan seorang suami yang memahami kerjaya seni,” katanya yang akan berbulan madu di Eropah.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close