Dua Lelaki Dipenjara 6 Tahun & 3 Sebatan Gara-gara Rompak RM20

Pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, rasanya amat sesuai kepada mereka ini. Gara-gara merompak telefon bimbit dan wang berjumlah RM20, dua lelaki tempatan telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan.

Suspek tersebut dikatakan telah merompak dua warga Myanmar pada pertengahan tahun lalu, di sebuah rumah di Jalan Setia, Ayer Keroh Height.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


Berikut adalah berita mengenai perkara ini yang diambil dari BERNAMA-

Dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah merompak telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM20 milik dua warga Myanmar pertengahan bulan lalu.

Hairol Abu Bakar, 25, dan Abdul Karim Musa, 33, didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Tun Naing Win, 33, dan Thet Naing Soe, 26, dengan merampas wang tunai RM20, dan sebuah telefon bimbit di sebuah rumah di alan Setia, Ayer Keroh Heights, pada jam 10.15 pagi 18 Oktober.

Hairol ketika merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan, memberi alasan bahawa dia berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia setahun serta perlu menanggung ibu bapa yang tinggal serumah dengannya, manakala Abdul Karim memberi alasan bahawa ini adalah kesalahan pertamanya.

Berdasarkan fakta kes yang dibentangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin, kedua-dua tertuduh mengacukan pisau ke arah mangsa dan memaksa mereka menyerahkan wang dan telefon bimbit itu.

Selepas menyamun, kedua-dua tertuduh terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang kemudian dicam oleh mangsa.

Fikir-fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close