Cuai Memelihara Anjing | Didenda RM1,500 Anjing Cederakan Kontraktor

Seorang warga emas didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan cuai membiarkan tiga ekor anjing miliknya mencederakan seorang kontraktor.

Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheah Soo @ Ah Peng, 67, yang diwakili peguam bela Lim Lip Eng.
Carian Google

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa mengetahui dengan cuainya, sebagai pemilik haiwan itu, menyebabkan kecederaan parah kepada Ting Soon Teck, 33, di Kolam Pancing Ikan, Perumahan Orkid Desa Fasa 2, Sungai Besi, Cheras, pada 3.20 petang 18 September lepas.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close