Budak Lelaki Lemas Di Taman Tema Air

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini, semalam.

Muhammad Faisal Mohd Yazid ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota penyelamat dalam sebuah kolam renang taman tema air itu pada pukul 2.30 petang.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Yazid Bohari, 36, berkata beliau meninggalkan anaknya bermain di tempat permainan kanak-kanak sementara beliau mendapatkan perkhidmatan sewa pelampung di kawasan berhampiran.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


“Apabila saya kembali ke tempat itu, anak saya tiada di situ. Saya dan keluarga kemudian mendapatkan bantuan daripada orang ramai dan petugas di taman tema itu untuk mencarinya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini.

Beliau berkata anaknya dibawa ke bilik kecemasan di taman tema itu untuk diberikan rawatan pernafasan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang, katanya.

— BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close