Bot Karam Di Perairan Jawa Barat

Sekurang-kurangnya tujuh orang dipercayai lemas apabila sebuah bot kayu yang membawa lebih 40 pelarian karam di perairan Jawa Barat.

Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Dayat Sudraja berkata, bot berkenaan membawa pendatang dari Afghanistan, Iran dan Pakistan karam ketika dalam perjalanan ke Kupang yang merupakan destinasi utama bagi pelarian sebelum meneruskan perjalanan ke Australia.

Gambar hiasan. Carian Google


Menurut beliau, sebanyak 40 orang diselamatkan, bagaimanapun tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak lemas dan operasi mencari serta menyelamat masih dijalankan.

Tambah Dayat, beliau percaya pelarian berkenaan dalam perjalanan ke Ausralia.

– AFP

Facebook Comments

Comments are closed.

Close