Bayi Usia 46 Hari Meninggal Di Pusat Jagaan

Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah taska di Taman Serindit di sini, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Nur Alyssa Dania Mohd. Saipol, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang semalam kira-kira pukul 3 petang selepas dihantar oleh pihak taska pada pukul 1.30 petang kerana kelihatan terlalu lesu.

Bapanya, Mohd. Saipol Rizal Abu Seman, 26, seorang pembantu restoran berkata, sebelum dihantar ke taska, anaknya kelihatan sihat seperti biasa dan semalam hari pertama dia serta isteri Roslina Roslin, 27, menghantar bayinya itu ke taska berkenaan.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google

Katanya, mereka menghantar Nur Alyssa Dania sebaik habis tempoh berpantang bagi membiasakannya dengan persekitaran baru sebelum Roslina yang bekerja sebagai pembantu farmasi mula bertugas Selasa ini.

“Kami hantar anak ke taska pukul 8.30 pagi semalam dan dapat tahu anak dimasukkan ke hospital menerusi panggilan telefon daripada pihak hospital pada pukul 3 petang semalam.

“Anak saya disahkan meninggal dunia pukul 3 lebih. Doktor ada beritahu berdasarkan laporan awal bedah siasat ada jangkitan sedikit pada paru-paru dan tiada kesan macam penderaan,” kata Mohd. Saipol kepada pemberita di sini hari ini.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close