5.3 Juta Pelajar Terima Bantuan RM100 Hujung Bulan Ini

Pemberian wang bantuan sebanyak RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dibayar pada penghujung bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dijangka membuat pengumuman mengenai mekanisme pembayaran yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam tempoh terdekat.

Difahamkan pembayaran tersebut akan dibuat melalui dua peringkat, pertama untuk pelajar Tahun Dua hingga Lima dan satu lagi untuk pelajar Tingkatan Dua hingga Empat.


Bagi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu mereka akan hanya menerima wang bantuan tersebut sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.

Perkara tersebut dibuat ekoran sesi persekolahan pada tahun ini dijangka akan bermula awal ekoran persediaan untuk pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia yang akan bermula Isnin depan.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan di laman web, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menunjukkan, wang bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional dan akaun khas akan dibuka untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun tersebut.

Difahamkan sekiranya guru besar setiap sekolah yang mengeluarkan wang bantuan daripada akauan tersebut melebihi RM10,000, beliau akan diiringi dua guru serta seorang pegawai polis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bejat 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan persekolahansebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi meringankan beban ibu bapa.

Difahamkan pihak sekolah perlu segera mengagihkan wang tersebut kepada pelajar.

Dalam pada itu, difahamkan guru besar sekolah di Negeri Sembilan telah diberi taklimat mengenai isu berkenaan, Selasa dan wang berkenaan akan didepositkan ke akaun sekolah dalam tempoh terdekat.

Mereka juga diarahkan supaya mengagihkan wang berkenaan kepada pelajar sebelum hari terakhir sesi persekolahan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close