3 Beradik Parah Ditetak 5 Perompak

Tiga beradik parah selepas ditetak sekumpulan lima perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah mereka di Felda Jengka 10, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, tiga beradik berkenaan, Mohd Shahidi Ismail, 23, Mohd Faiz, 20 dan Al-Hafiz,16, cedera di kepala, tangan serta badan selepas bergelut dengan kumpulan perompak terbabit dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Gambar hiasan.Carian Google

Gambar hiasan.Carian Google

Turut cedera dalam pergelutan itu, seorang anggota Rela tanah rancangan berkenaan, Saiful Amri Kamarudin, 29, yang bergegas ke tempat kejadian selepas menyedari berlaku sesuatu yang tidak kena ketika melalui rumah mangsa.

Menceritakan semula detik mencemaskan itu, bapa kepada tiga beradik berkenaan, Ismail Mohd Nor, 60, berkata perompak yang dipercayai warga asing dikesan memecah masuk melalui pintu belakang dan menggeledah rumahnya bagi mencari barangan berharga.

“Bagaimanapun, tiga anak saya yang tidur di ruang tamu tiba-tiba terjaga selepas terdengar bunyi bising dan ternampak perompak menggeledah rumah.

“Tiga anak menyergah perompak terbabit dan cuba menangkap mereka sebelum berlaku pergelutan. Ini menyebabkan mereka (perompak) bertindak ganas dengan menyerang menggunakan parang dalam usaha melepaskan diri,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close