Web FAM Kena Hack

Sememangnya masih ada peminat bola sepak belum berpuas hati dengan tindakan FAM yang menaikkan harga tiket perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan walaupun dikhabarkan tiket laris macam jual goreng pisang panas.

Pagi tadi ketika sedang singgah ke beberapa blog, Belalang terperasan satu berita tentang laman web rasmi FAM digodam oleh para hacker. Belalang pun dengan sepantas kilat melompat (nama pun Belalang kan?) ke web rasmi FAM.


Dan inilah hasil kerja kreatif si pengodam terbabit-

Print Screen FAM Kena hack

Print Screen FAM Kena hack

Masej yang disampaikan berbunyi begini-

“So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je”

“Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM….. Pegi mampos la FAM!!!”

Hehehe… awal-awal lagi Belalang sudah merasakan FAM agak ego dalam mengeluarkan kenyataan apabila berkata terpulang kepada peminat untuk memulaukan perlawanan terbabit. Anda boleh membaca kenyataan itu disini.

Jadi FAM, lain kali fikir-fikir dahulu ya sebelum berbicara. Nanti betul-betul peminat pulau perlawanan pasukan negeri, lagilah kerugian berlibat kali ganda. 🙂

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close