Video Penyokong Negeri Sembilan Dipukul Bakar Bendera

Semenjak pagi tadi heboh dengan satu berita yang mengatakan seorang penyokong Negeri Sembilan telah dipukul oleh penyokong-penyokong Terengganu gara-gara dikatakan membakar bendera Terengganu.

Gambar di bawah adalah gambar yang disertakan sekali bersama-sama berita mengenai kejadian tersebut. Pada awalnya Belalang tak bercadang untuk menulis mengenai kejadian ini kerana kurang pasti samada perkara ini betul atau tidak. Namun setelah melihat satu video yang menunjukkan kekecohan yang tercetus di perkarangan luar stadium, Belalang berpendapat mungkin juga benar cerita yang dihebah-hebahkan.


Di bawah ini adalah video yang dikatakan mengenai kejadian tersebut-

Di bawah ini pula adalah petikan yang menceritakan mengenai kejadian tersebut-

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 – 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Ada sesiapa lagi yang berada di stadium semalam, boleh sahkan mengenai kejadian ini?

Sumber

Facebook Comments

Comments are closed.

Close