Tiket Final Piala Malaysia 2011 RM50 | Wajarkah?

Jika ditanya kepada pihak FAM, sememangnya mereka akan mengatakan harga tiket final Piala Malaysia 2011 berharga RM50 itu berpatutan. Malah melalui akhbar hari ini, FAM menyatakan yang harga tersebut telah pun dirunding dan dipersetujui bersama-sama wakil dari kedua-dua pasukan yang akan beraksi di final.

Namun bagi peminat bola dari Terengganu dan Negeri Sembilan, harga tersebut amatlah tidak wajar dan terlampau cekik darah. Malah venue perlawanan di Stadium Shah Alam juga dipertikaikan memandangkan mutu padang di stadium itu agak teruk bagi aksi perlawanan final.

Sumber gambar dari Facebook Info & Ranking Bola Sepak Malaysia


Gambar di atas adalah luahan segelintir peminat bola sepak Negeri Sembilan yang tidak berpuas hati dengan harga tiket berkenaan.

Mungkin FAM perlu mengkaji dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan ini kerana rata-rata peminat yang akan membanjiri stadium pada perlawanan final nanti bukanlah yang tinggal sekitar Shah Alam. Ditambah bersama kos pengankutan dan juga makan minum, peminat terpaksa membelanjakan duit yang besar bagi menyaksikan  perlawanan akhir pasukan kesayangan mereka.

sebagai peminat, apa pendapat anda? wajar atau tidak?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close