Terowong SMART Ditutup Untuk Kerja-kerja Penyelenggaraan

Lebuh raya Smart akan ditutup kepada semua kenderaan mulai 11 malam Rabu (19 Oktober) hingga 6 pagi keesokan harinya untuk kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (Smart) dalam satu kenyataan berkata pengguna boleh menghubungi talian 1-300-88-7188 untuk pertanyaan berhubung penutupan itu.

-BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close