Taikun Malaysia Terlibat Dalam Skandal Telco Di India?

Seorang taikun terkenal Malaysia kemungkinan akan menghadapi siasatan berhubung skandal telekomuniasi (telco) selepas pihak berkuasa India mendaftarkan kes terhadapnya semalam.

Biro Siasatan Pusat (CBI) menamakan taikun Malaysia itu dalam Laporan Maklumat Pertama (FIR) bersama bekas Menteri Telekomunikasi India dan adiknya, menurut laporan media tempatan hari ini.

Laporan FIR itu turut menamakan orang kanan taikun berkenaan, seorang eksekutif kanan syarikat milik hartawan Malaysia itu.

Bekas menteri India itu didakwa memaksa seorang usahawan India menjual kepentingan dalam syarikat pembekal perkhidmatan telefon bimbit miliknya kepada sebuah firma yang dikuasai taikun Malaysia itu, kata CBI dalam laporan media tersebut.

Berikutan Laporan FIR itu, taikun itu mungkin disoal oleh pegawai penyiasat India dalam masa terdekat ini.

Bekas menteri itu dipercayai menerima jumlah wang yang besar sebagai sogokan daripada penjualan saham itu yang hasilnya kemudian disalurkan ke stesen televisyen adiknya.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close