Suspek Kes Bunuh Di Sibu Ditahan

Kepantasan pihak polis dalam cuba menyelesaikan kes pembunuhan tiga sekeluarga di Sibu Khamis lalu menyaksikan pihak polis telah menahan dua suspek lelaki yang dipercayai berkaitan dengan kes terbabit di Jalan Teku, Pasai Siong di sini dalam satu operasi pukul 4.30 petang semalam.

Kelmarin blog ini ada berkongsikan satu berita tentang pembunuhan kejam tiga sekeluarga dalam satu kes rompakan di kediaman mereka ketika sedang menikmati makan malam. Samun & Bunuh Tiga Sekeluarga Di Sibu (klik).

Gambar pembunuhan pada hari Khamis

Gambar pembunuhan pada hari Khamis

Di bawah sedikit beritan tentang penahanan suspek seperti yang dinyatakan di atas-

Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam tiga sekeluarga yang disamun di rumah mereka di Sungai Empawah, dekat sini pada Khamis lalu.

Kedua-dua suspek warga Indonesia berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Jalan Teku, Pasai Siong di sini dalam satu operasi pukul 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail ketika dihubungi berkata, suspek dikesan menerusi isyarat telefon yang disamun daripada mangsa.

“Suspek dikesan berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa yang terselamat dan ketika ditahan, polis menemui wang tunai RM3,715 serta sebilah pisau sepanjang 21 sentimeter.

“Seorang lagi suspek masih bebas namun dengan penahanan dua lelaki itu, kita yakin dapat menahannya dalam tempoh terdekat menyelesaikan kes ini,” katanya.

Syabas diucapkan kepada pihak polis. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan pantas dan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *