Seorang Lelaki Terbunuh Dalam Satu Pergaduhan

Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh selepas berlaku pergaduhan di rumah sewanya di Menglembu di sini, hari ini.

Mayat Chen Woon Min, 47, ditemui terbaring di ruang tamu rumah itu dengan kesan kecederaan di kepala dan leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, Woon Min didatangi seorang lelaki yang didakwa pemilik rumah yang disewanya.

Kedua-dua mereka dilapor bertengkar dan siasatan awal polis mendapati Chen diserang menggunakan objek keras, katanya ketika dihubungi di sini.

Mayat Chen dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close