Samun & Bunuh Tiga Sekeluarga Di Sibu

Malang tidak berbau. Siapa sangka sedang enak bersama keluarga menikmati makan malam, tiba-tiba rumah diserang oleh pencuri. Lebih menyedihkan lagi si penyamun bertindak seperti binatang dengan melakukan perkara yang lebih teruk dari merompak.

Itulah nasib yang dialami oleh empat sekeluarga di Jalan Chew Khun, Engkilo di sini, malam kelmarin apabila rumah mereka dipecah masuk oleh tiga perompak ketika mereka sekeluarga sedang menikmati hidangan makan malam.

Seorang bapa, anak dan juga menantu telah dibunuh dengan kejam oleh si perompak. Manakala si isteri pula dikejarkan ke hospital kerana turut dikelar pada leher.

Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an dan 40-an yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan.

Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki terbabit menyebabkan mereka ‘naik angin’ dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah terbabit.

Boleh percayakah niat mereka memang datang mahu meminta kerja? Rasanya itu hanyalah helah si pencuri.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Tiong Tan Ming, 69; anaknya, Tiong King, 35, dan menantu perempuannya, Peu Lee Mee, 32, maut akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Isteri Tan Ming, Peh Kim Eng, 50, yang turut dikelar pada leher dengan parang terselamat setelah berpura-pura mati sebelum melarikan diri ke rumah saudara mereka.

Harapnya polis kita segera dapat menahan binatang-binatang yang tak berhati perut itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close