Safiq Rahim Ke Perak?

Safiq Rahim akan bermain dengan Perak untuk liga musim depan? Wah, ini satu berita yang menarik. Perak juga bukanlah calang-calang pasukan dalam liga negara tempatan.

Berita mengenai Safiq ditawar ke Perak ini bukanlah khabar angin, berita ini disahkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Namun begitu, difahamkan kapten pasukan Harimau Malaya yang terkenal dengan pakar sepakan percuma ini, masi belum memberi apa-apa respon terhadap surat tawaran yang diberikan kepadanya.

Pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun berkata, Perak masih menunggu jawapan daripada Safiq setelah surat tawaran diserahkan kepadanya dua minggu lalu.

“Surat tawaran tersebut diserahkan kepada Safiq setelah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persatuan Bola Sepak Selangor,” jelas Khairul Azwan.

“Kami sedia memberi tawaran yang lebih menarik,” tambahnya tanpa mendedahkan tawaran yang dikemukakan itu.

Mungkinkah Safiq akan ke Perak atau terus kekal bersama pasukan Selangor?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *