Safee Sali Diumumkan Sebagai Kapten Pelita Jaya 2011/2012

Tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang telah diumumkan secara rasmi menjadi kapten Pelita Jaya untuk musim ISL 2011/2012. Berita ini memang sesuatu yang mengembirakan bagi kita semua peminat bola sepak Malaysia. Ini juga merupakan satu penghormatan kepada Safee Sali sendiri.

Namun begitu, terdetik juga satu pertanyaan, adakah tujuan Pelita Jaya melantik Safee Sali Sebagai kapten kerana bimbang kalau-kalau Safee berpindah ke club yang lain (Cardiff City)? Dengan cara ini maka Safee sudah semestinya telah terikat untuk bersama Pelita Jaya hingga akhir musim.

Apapun sebabnya, yang pasti pemain Malaysia yang lain semestinya menjadikan kejayaan Safee di negara orang ini sebagai pembakar semangat untuk mereka juga membuktikan yang Malaysia memiliki bukan seorang bakat-bakat hebat seperti Safee Sali. Ayuh Harimau Malaya, buktikan pada dunia! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close