Roslan Md.Yusof ADUN Johol Meninggal

Ahli Dewan Undangan Negeri Johol, Datuk Roslan Md. Yusof meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah di sini kira-kira pukul 4.45 pagi ini.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili Barisan Nasional (BN) mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon Pas, Kamarudin Md. Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close