Remaja Rogol Amah & Samun

Seorang remaja berusia 19 tahun sempat merogol seorang pembantu rumah warga asing sebelum melarikan dua botol minyak wangi bersama laptop dan wang tunai selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Jaya Baru, di sini.

Dalam kejadian jam 2 petang 3 Oktober lalu, suspek yang tinggal di taman perumahan sama, mengumpil pintu belakang rumah itu sebelum mengacukan pisau kepada mangsa yang sendirian di rumah kerana majikannya bekerja.

Sebaik masuk ke rumah, suspek mengikat kedua-dua tangan mangsa berusia 20-an dan merogolnya di ruang tamu sebelum melarikan dua botol minyak wangi, sebuah laptop serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,000.

Bagaimanapun, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes dadah di Selayang, diberkas di Lorong Haji Taib di ibu negara Ahad lalu hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek dipercayai sudah lama memerhatikan rumah berkenaan dan memilih untuk memecah masuk ketika pembantu rumah terbabit tinggal sendirian.

Katanya, suspek direman hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sementara itu, Ab Rashid berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an yang mempunyai talian persaudaraan dengan seorang warga emas yang dibunuh kejam di Kampung Pasir Baru Peringkat, Jalan Sungai Lalang, di sini, hujung bulan lalu, bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek yang disisihkan keluarga warga emas itu kerana terbabit dalam penagihan dadah, ditahan di sekitar Semenyih pagi kelmarin dan sedang direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 12 tengah 27 September lalu, S Danaletchemee, 64, disamun sebelum dibunuh dengan kejam individu tidak dikenali apabila lehernya ditikam dan kepalanya dihentak dengan objek keras di dalam rumahnya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kes rogol remaja (13)

Comments are closed.

Close