PRU-13 | PDRM Sudah Bersedia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ismail berkata, beliau telah mengarahkan semua kontingen negeri memberikan latihan kepada pegawai polis di kontinjen masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

“Kami menunggu sahaja, kalau pihak kerajaan mengumumkan pilihan raya pada bila-bila masa, InsyaAlah kami sudah bersedia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 2010 Polis Bantuan Peladang (Upstream) Malaysia anjuran Sime Darby Plantation Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata, latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai polis khususnya anggota polis baru adalah untuk meningkatkan keupayaan mereka terutama dalam menjaga tempat pengundian semasa pilihan raya.

“Tugas-tugas ketika pilihan raya ini lebih spesifik dan setiap pegawai polis harus memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin,” katanya.

— Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close