Pesara Guru Dilaporkan Hilang Ditemui Mati

Kehilangan seorang wanita warga emas sejak semalam, terjawab dengan penemuan mayatnya di tebing Sungai Muar berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat di sini hari ini.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, mereka telah mencari Low Soo Pian, 71 di sekitar bandar sejak semalam sebelum membuat laporan polis mengenai kehilangannya kira-kira pukul 6 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Katanya, setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Dalam kejadian berasingan, seorang pembantu am Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Samsu tiba-tiba rebah dan meninggal dunia sebaik sahaja keluar dari sebuah farmasi untuk membeli ubat gastrik di Jalan Sisi, di sini hari ini.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohd. Khir, 45, dipercayai meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close