Pesakit Mental Terjun Dari Tingkat 4 | Nak Balik Rumah

Seorang pesakit wanita dipercayai mengalami masalah mental bertindak terjun dari tingkat 4 wad kelas 3 hospital semata-mata mahu balik rumahnya. Difahamkan kejadian berlaku jam 8 pagi tadi.

Pesakit terbabit sebelumnya menerima kunjungan ahli keluarganya dan tangan serta kakinya dalam keadaan terikat namun sebelum keluarganya pulang ikatan itu dibuka oleh adiknya tanpa pengetahuan doktor. Akibatnya pesakit bertindak agresif mencari ruang tingkap tidak berjeriji dan masuk ke bilik doktor. Pesakit terbabti terjun ke bawah dari bilik berkenaan.

Mangsa dilaporkan patah di beberapa bahagian badan namun selamat setakat ini. Suasana cemas di wad 4 setelah menyedari kejadian itu.

-Sinar Harian

Facebook Comments

Comments are closed.

Close