Peragut Myanmar Dibelasah Hingga Maut

Angkara meragut, seorang lelaki warga asing dipercayai dari Myanmar maut akibat dibelasah orang ramai selepas dicekup ketika cuba meragut dan menikam dua wanita warga China di lorong kecil berhampiran Pasar Pudu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, lelaki terbabit bersama seorang lagi rakan cuba meragut beg tangan dua wanita berusia 30-an yang berjalan di lorong berkenaan.

Kedua-dua wanita itu melawan dan enggan melepaskan beg tangan mereka menyebabkan si mati yang bengang dengan tindakan itu menikam wanita terbabit berkali-kali menggunakan pisau.

Menurut sumber, peragut terbabit menikam seorang daripada wanita itu 12 kali di dada dan perut manakala seorang lagi wanita terkena dua tikaman menyebabkan mereka pengsan di tempat kejadian selain kerugian lebih RM2,000.

Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Berikutan itu, beberapa lelaki di kawasan berhampiran mengejar kedua-dua suspek dan menangkap seorang daripada mereka.

“Suspek dibelasah hingga parah serta dibiarkan terlantar di lorong berkenaan sebelum polis tiba dan menghantarnya ke HKL, tetapi disahkan mati sebaik tiba di hospital,” katanya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan kejadian itu dan berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati peragut yang mati itu mungkin warga asing dipercayai dari Myanmar.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close