Peniaga Mati Ditembak Di Hadapan Rumah

Kes bunuh di Malaysia sekarang ni dah jadi satu perkara biasa. Cabut nyawa orang ni ibarat menampar nyamuk yang sedang hisap darah pada badan kita saja. Nyawa manusia ibarat sudah tiada harga lagi.

Di Setiawan, seorang pengusaha pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di hadapan rumahnya.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


Berikut adalah berita mengenai perkara ini dipetik dari BERNAMA-

Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan dekat sini malam tadi.

Peniaga berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Kelvin itu ditembak pada kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan dan setakat ini belum ada suspek ditangkap.

“Polis masih menyiasat dan sedang mencari pertunjuk kes itu dan tidak mahu siasatan terganggu,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close