Pengurus Didakwa Sebab Kematian Anak

Seorang pengurus bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian anak kandungnya di kediaman mereka pada hujung bulan lalu.

Kes terhadap tertuduh, Mohd. Shahril Firdaus Siva Abdullah, 43, dibuat di hadapan Majistret Lydiana Mansor berikutan hakim Mahkamah Sesyen sedang bercuti.

Dia didakwa menyebabkan kematian anaknya, Mohamad Shazie Nizam, 20, antara pukul 9.30 malam, 29 September lalu dan 10.45 malam, keesokan harinya di rumah mereka di Taman Sri Temenggong di Jalan Sri Temenggong, di sini.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Lydiana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 12 Disember ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran menawarkan jaminan RM30,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan dia menanggung tiga anaknya yang masih belajar.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close