Penemuan Mayat Terjawab Misteri Kehilangan Gadis

Seorang gadis yang telah dilaporkan hilang oleh beberapa akbar tempatan semalam akhirnya telah berjaya ditemui. Walau bagaimanapun penemuan itu hanyalah jasad Nurul Atikah Samsiah, yang dipercayai mati dibunuh.

Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diseret dan diletakan di situ.


Sedikit keratan mengenai hal ini dari akbar Utusan-

Mangsa, Nurul Atikah Samsiah, 15, yang berpakaian kemeja dan seluar sukan dijumpai pada pukul 6.30 pagi dengan kesan lebam di seluruh muka dan anggota badan.

Selain itu, terdapat kesan seret di permukaan lantai dapur dan sekitar tempat kejadian dipercayai kesan ketika mangsa dibawa masuk ke dalam rumah tersebut oleh pembunuhnya.

Datuk mangsa Muhammad Kasim, 62, berkata, mangsa yang tinggal di rumah kakitangan Ladang Kambau bersama ibu bapanya dikatakan hilang sejak pukul 2 petang semalam.

“Ahli keluarga dan jiran mencari mangsa sejak petang dan menemui mayat mangsa pagi tadi di rumah itu.

”Anak saya Rahimah (ibu mangsa) menelefon saya yang tinggal di Kampung Sungai Perepat, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian bahawa mayat Nurul dijumpai,” ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi.

Difahamkan rumah tempat mayat mangsa ditemui itu didiami oleh seorang pekerja bujang yang jarang pulang ke rumah kecuali waktu tertentu untuk memasak.

Berikutan itu, polis telah menahan seorang suspek pekerja ladang warga tempatan, 41, bagi membantu siasatan. Polis juga bercaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *