Penagih Cuma Menyamun Mati Ditikam

Tindakan seorang penagih dadah menyamun sekumpulan lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak berhampiran Plaza Puduraya di sini awal pagi ini, mengundang padah apabila dia mati ditikam dalam kejadian tersebut.

Sumber berkata, suspek dalam keadaan mabuk tidak berjaya mengambil apa-apa barang daripada mangsa kerana mereka melawan.

“Seorang daripada lelaki dalam kumpulan yang cuba disamun dipercayai berasal dari Sabah bertindak menyerang kembali suspek menyebabkan lelaki terbabit ketakutan dan melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek dipukul sebaik sahaja ditangkap dan salah seorang lelaki terbabit bertindak menikam leher kirinya menyebabkan dia maut di tempat kejadian.

-Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close