Pelumba Basikal Melaka Kemalangan Langgar Pokok Kelapa Tumbang

Malang tidak berbau. Hajat empat pelumba basikal remaja negeri Melaka untuk menyertai pelumbaan di Perlis hari ini tidak kesampaian apabila mereka berempat bersama seorang jurulatih terlibat kemalangan sesama sendiri apabila sebatang pokok kelapa telah tumbang secara tiba-tiba.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, tiba-tiba pula mereka menjadi mangsa serangan tebuan yang dipercayai bersarang di atas pokok kelapa yang tumbang itu.

LOKASI kemalangan yang menimpa Muhammad Shaiful Adlan Mohd. Shukri di Kilometer 27.5, Ayer Tawar, Sungai Rambai, Melaka, semalam.

Sedikit keratan berita dari akhbar Utusan-

Kejadian pukul 9.45 pagi di Kilometer 27.5 Ayer Tawar, Sungai Rambai di sini semalam itu, turut mencemaskan mereka apabila diserang sekumpulan tebuan yang bersarang di pokok kelapa itu.

Orang ramai yang menyaksikan insiden itu dan berhasrat menolong mereka terpaksa menunggu lima minit untuk menghalau serangga berkenaan sebelum dapat menyelamatkan kesemua mangsa.

Berikutan kemalangan itu, seorang pelatih, Muhammad Shaiful Adlan Mohd. Shukri, 13, cedera parah dengan koyak di kening mata kiri dan retak tempurung kepala manakala yang lain hanya cedera ringan.

Mereka terdiri daripada ketua jurulatih, Fairoz Izni Abd. Ghani manakala tiga lagi ialah Muhammad Naim Suardi, 13, dan Aziz Loqman Hakim Jenal, 15, dan Muhammad Syafiq Syahrill Izwan, 20.

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga jurulatih dan pelumba-pelumba remaja terbabit segera sembuh dan meneruskan latihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close