Pelajar Tingkatan Satu Maut Kemalangan Dengan Ambulans

Semakin menjadi-jadi pulangan kemalangan membabitkan ambulans di negara kita kebelakangan ini. Entah samada ambulans tersebut dipandu terlalu laju, atau orang ramai yang tidak menghiraukan siren yang dibunyikan oleh ambulans.

Di Alor Setar, seorang remaja maut maut apabila motosikal yang dinaiki terlibat dalam nahas kemalangan dengan sebuah ambulans yang dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


Berikut adalah keratan akhbar mengenai kejadian tersebut-

Seorang pelajar tingkatan satu terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku di persimpangan Kampung Pokok Asam pada 8 malam tadi ketika Muhammad Mu”az Johari, 13, dipercayai dari arah Pekan Langgar tidak sempat mengelak sebuah ambulans yang sedang membelok masuk ke kampung itu untuk mengambil pesakit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, Muhammad Mu”az, dari Kampung Alor Raja, Langgar dekat sini, cedera parah di kepala selain patah kaki kanan.

“Ambulans yang membawa tiga pegawai perubatan itu kemudiannya membawa mangsa ke hospital tetapi dia meninggal dunia pukul 10 pagi tadi di HSB,” katanya kepada pemberita.

Adzaman berkata, pemandu serta tiga pegawai perubatan yang berada dalam ambulans itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close