Najib & Rosmah Berjaya Ketepikan Sapina

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berjaya dalam permohonan untuk mengenepikan sapina yang menghendaki mereka memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu pada Khamis, selepas berpuas hati Anwar gagal membuktikan bahawa keterangan yang akan diberikan oleh Najib dan Rosmah adalah relevan dengan perbicaraan kes itu.

Perbicaraan bersambung dengan keterangan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close