Nahas Lori Tangki Dirempuh Keretapi Di Kota Kinabalu

Dasyat, melihat video mengenai insiden kemalangan diantara lori tangki minyak dan keretapi berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas, Kota Kinabalu, yang berlaku petang tadi, benar-benar seperti sedang melihat tragedi yang selalu berlaku di negara luar.

Tak sangka kemalangan yang sebegini boleh berlaku dalam negara kita. Lori tangki minyak tersebut telah dirempuh oleh keretapi yang sedang menghala ke Papar.

Gambar di ambil dari blog Parpukari

Gambar di ambil dari blog Parpukari


Di bawah adalah berita mengenai kejadian ini-

Sebuah kereta api dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki di lintasan berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas dekat sini petang tadi.

Kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu menyebabkan letupan kuat dan sekurang-kurangnya enam orang cedera dengan pemandu lori tangki berkenaan patah kaki.

Asap tebal akibat letupan itu boleh dilihat dari jarak sehingga lima kilometer.

Berikutan rempuhan itu, kereta api dan lori tangki berkenaan melekat dan masih berada di landasan.

Untuk melihat video kejadian ini, sila klik sini.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close