Misteri Penemuan Lelaki Cedera Parah & Dua Mayat

USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Penduduk di kawasan ini gempar apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan cedera parah bersama dua mayat yang telah reput di bawah jambatan Kupang di Jalan Gerik-Kupang di sini hari ini.

Lelaki dan dua mayat itu ditemui seorang penduduk yang mencari sayur di bawah jambatan tersebut pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Manaf Bahari berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki yang masih hidup itu terselamat dalam cubaan membunuhnya bersama dua lagi mangsa.

MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan yang dibuang dari jambatan.

MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan yang dibuang dari jambatan.

Pihaknya percaya perbuatan jenayah itu dilakukan di tempat lain sebelum ketiga-tiga mangsa dicampakkan ke bawah jambatan tersebut.

“Lelaki dan dua mayat itu ditemui seorang penduduk yang terhidu bau busuk lalu mencarinya sehinggalah ternampak dua mayat yang sudah reput.

“Di sebelah mayat itu, ada seorang lagi lelaki, dipercayai rakan mereka terbaring dengan kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan.

“Sejurus dimaklumkan kejadian itu, sepasukan anggota pergi ke tempat kejadian dan menemui mangsa yang cedera parah dan tidak bermaya,” katanya.

Menurut Abdul Manaf, kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala lelaki yang masih hidup dirawat di hospital sama.

Polis percaya ketiga-tiga mangsa itu warga asing kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mereka.

“Kita akan mendapatkan keterangan daripada lelaki yang cedera parah itu selepas dibenarkan oleh pihak hospital,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

– Utusan

***********************************************

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.

Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.

Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik – Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam.

Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa itu kira-kira jam 3.15 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian.

– Metro

Facebook Comments

Comments are closed.

Close