Mayat Gaddafi Dijadikan Pameran

Bagitu teruja dan puas musuh-musuh Gaddafi apabila mereka telah berjaya membunuhnya baru-baru ini. Belum puas dengan itu, mayat Gaddafi dipamerkan untuk tontonan orang ramai di sebuah pasar raya bertujuan untuk membuktikan yang Gaddafi sememangnya dibunuh.

Orang ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya berkenaan mengatakan yang mereka ingin melihat wajah pemimpin yang sangat mereka benci itu.

GEMPAR!!! kematian Gaddafi tahun 2011 telah diramal pada tahun 1987?

Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.

“Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi),” kata beberapa penduduk setempat.

Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.

Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.

Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.

Di sebelah mayat Gaddafi, turut diletakkan mayat anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close