Mayat Bayi Perempuan Dalam Perigi

Mayat bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan disumbat dalam beg pakaian dan dibuang ke dalam perigi di Kampung Kacang Limbat dekat sini, hari ini.

Mayat yang cukup sifat itu ditemui penoreh getah Tuan Mat Tuan Lunik, 64, berhampiran kebun getahnya kira-kira 8 pagi.

Ketika ditemui, Tuan Mat berkata dia mendapati sebuah beg terapung dalam perigi itu ketika mahu mencedok air.

“Pakcik ambil galah dan tarik beg itu. Pakcik buka zip beg dan terkejut bila nampak muka bayi di dalamnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Penemuan itu dimaklumkan kepada ketua kampung yang kemudian menghubungi pihak polis.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close